Pages

25 June 2014

Aktiviti Jalinan Sentuh dan Jalinan Tampak


Oleh kerana tidak ada seorang pun menjawab soalan no.3 berkenaan jalinan sentuh dan jalinan tampak dalam pertaksiran pertengahan tahun baru-baru ini saya telah membuat aktiviti berkenaan perkara ini.

Harapan dengan adanya aktiviti ini pelajar memahami dengan lebih mendalami pasal jalinan.

08 June 2014

25 Lukisan pensil yang nampak realistik dan maveless.


Lukisan hanya menggunakan pensil 2B sahaja tapi cukup realitik. Sangat menarik.


Lukisan Ilusi terbaik


Ilusi juga dikaitan ilusi optik menunjukkan bagaimana otak kita berfikir untuk mengambarkan sesuatu. Bagaimana otak berfikir untuk mengambarkan realiti ini telah menjadi kajian bertahun-tahun oleh saintis.

Lukisan Ilusi adalah satu daya kreativiti untuk membuat kita berfikir secara mendalam untuk mengambarkan sesuatu objek yang dipaparkan.


27 May 2014

Seni Menurut Islam...


Saya terfikir.. dah tua baru terfikir. Seni Visual menurut Islam dan pandangan Islam terhadap seni visual secara ilmiah. Memang kita tahu Islam for Alls...

Rasanya tak ramai yang menulis. Kalau ada tulisan mesti pendekatan macam kertas kerja orang pun lihat tak ada selera nak baca. (itu sebab saya letak gambar animasi) untuk tambah selera..

10 Lukisan 3D Terbaik Dunia


Lukisan memang objek 2D, hanya dipanggil lukisan 3D kerana ilusi kita terhadap apa yang di'seni'kan oleh pelukis. Saya cuba membawa lukisan 3D yang terbaik di dunia untuk tatapan pembaca.

Lukisan 3D Street Art bukan sekadar lukisan biasa, kerana ia memerlukan ketelitian yang sangat tinggi dalam mengukur objek yang dilukiskan agar 3 dimensi tetap hidup. Di bawah ini adalah 10 lukisan paling "best" dari senarai Listverse.


Kertas 2: Pentaksiran Pertengahan Tahun 2014 Tingkatan 1


Kertas Soalan Pendidikan Seni Visual Pentaksiran Pertengahan Tahun 2014 Tingkatan 1 bagi kertas 2 adalah seperti di atas. Saya tak pasti soalan ini daripada mana. Mungkin soalan untuk sekolah sahaja bukan Daerah atau Negeri.


26 May 2014

Teknik Capan



Objektif utama teknik ini adalah untuk memupuk minat and kreativiti individu dalam menghasilkan kerja seni visual dengan menggunakan bahan semula jadi.

Capan ialah sejenis teknik megecap dengan menggunakan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai jalinan tertentu. Capan adalah berbeza berbanding dengan cetakan kerana ia tidak memerlukan blok cetakan. Contoh bahan yang boleh digunakan adalah seperti cap jari atau kaki, cap tangan atau tapak kaki, bendi, dahan buah betik, peria, bawang, daun bunga-bungaan dan buah belimbing. Sayuran seperti kentang dan lobak juga boleh diguna dalam teknik capan. Ukiran boleh dibuat berdasarkan kreativiti and kemahiran individu. Pelbagai corak boleh diperolehi melalui teknik ini.

Menghasilkan Pembungkus Hadiah atau Penanda Buku Menggunakan Kesan Pualaman


Aktiviti yang menarik boleh dilakukan dalam kelas Pendidikan Seni Visual tingkatan 1 ialah menggunakan kesan Pualaman. Pualaman ialah menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan ke dalam tray lalu di titiskan dengan cat minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan air yang mengandungi cat tersebut.

CIRI-CIRI PUALAMAN

•  Cat minyak menghasilkan kesan berkilat pada kertas.
•  Cat yang dikacau di dalam air menghasilkan jalinan yang menarik.
•  Setelah kering kertas boleh dipotong untuk membuat rekaan seperti beg kertas, penanda buku, kad ucapan dan sebagainya.


Membuat Poster Daripada Rupa Muka Taip Surat Khabar


Satu aktiviti yang menarik boleh dibuat dalam kelas Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 bagi tajuk 3 RUPA ialah membuat poster menggunakan guntingan huruf daripada surat khabar.

Saya rasa cikgu boleh bersantai dengan pelajar dalam sesi pengajaran tanpa memenatkan otak macam mengajar Fizik atau Metematik....

Rupa

Banyak perkara dalam kehidupan kita dihasilkan daripada rupa. Contoh gambar di atas adalah rupa muka taip. Rupa adalah dua dimensi tidak berjisim hasil pertemuan garisan (bab 1 sebelum ini).

Saya rasa untuk mebih detail saya bagi satu nota yang saya mabil daripada rakan blogger untuk saya kongsikan dengan pelajar saya.

Menghasilkan Jalinan Sentuh Dengan Kolaj Ikan


Bila mengajar Pendidikan Seni Visual, kita mungkin "blank" nak buat 'nantang' apa (tak tahu nak buat apa) kepada pelajar kita. Bila masuk topik kedua iaitu Jalinan.. kita boleh bermain dengan pelajar untuk membuat kolaj. Macam saya yang belajar dulu aliran perdagangan dan sains tulin mana ada belajar pendidikan seni.. sekadar tingkatan 1 sahaja.

Jadi masa ni main-main dengan pelajar kita boleh buat kolaj ikan dimana pelajar-pelajar dikehendaki menghasilkan jalinan sentuh berdasarkan teknik kolaj.

Jalinan


Selepas kita memahami apa itu garisan, kita kena tahu pula jalinan yang membawa maksud sifat permukaan sesuatu objek atau karya seni yang boleh dilaksanakan melalui penglihatan ilusi atau melalui deria sentuh.

Jalinan boleh didapati melalui objek alam atau objek buatan manusia.

Untuk memahami lebih lanjut perkara ini saya salin satu nota daripada guru pendidikan seni visual berkalibar untuk tatapan pelajar saya.

16 May 2014

Pengaruh Estetika Seni Islam Dan Kesenian Tradisi


Seperti pada dekad 1970-an, dekad 1980-an juga memperlihatkan kepelbagaian stail dalam dunia seni lukis tempatan di samping memuncaknya minat kepada estetika kesenian Islam. Kepelbagaian stail, antaranya lahir daripada golongan untuk mencari suatu identity yang mencerminkan keperibadian dan nilai-nilai bangsa, kemasyarakatan, kebudayaan dan agama. Ini merupakan lanjutan daripada reaksi kepada Dasar-dasar Kebudayaan Kebangsaan yang memuncak dalam dekad tujuh puluhan.

19 March 2014

Pray For MH370


Hari ini semasa subjek PSV, aku cari idea untuk bagi pelajar seronok belajar disamping dia orang boleh ikuti subjek ini dengan kehidupan semasa. Jadi aku pun suruhlah mereka gunakan konsep "GARISAN", "RUPA" dan "BENTUK" untuk buat satu poster "PRAY FOR MH370".

29 January 2014

Garisan

Garisan adalah cantuman siri titik yang bersambung atau yang mempunyai jarak tertentu.


Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari satu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga menghasilkan satu objek.Titik yang dihasilkan disambung dan membentuk garisan. Garisan yang di sambung pula akan membentuk rupa. Lihat contoh di bawah.


21 January 2014

Hadiah Hari Jadi: Jadi Guru Pendidikan Seni Visual

Bab 1 berkenaan dengan garisan

Hari ini 21 Januari 2014 adalah ulang tahun saya yang ke-?? (rahsia... nanti nampak sangat tua). Pagi tadi isteri dan anak-anak memberi hadiah. Sekarang sekolah pula bagi 'hadiah' istimewa "JADI GURU SENI" naib baik tak bagi guru subjek "Bible Knowledge" kalau tak susah pula aku nak sebut perkataan ALLAH dalam bahasa Melayu!