Pages

26 May 2014

Membuat Poster Daripada Rupa Muka Taip Surat Khabar


Satu aktiviti yang menarik boleh dibuat dalam kelas Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 bagi tajuk 3 RUPA ialah membuat poster menggunakan guntingan huruf daripada surat khabar.

Saya rasa cikgu boleh bersantai dengan pelajar dalam sesi pengajaran tanpa memenatkan otak macam mengajar Fizik atau Metematik....


Huruf muka taip ialah A hingga huruf Z. Huruf muka taip di jadikan kapsyen atau gaya penulisan dalam lukisan poster.

Contoh :


Alat/Bahan dan Media yang diperlukan ialah :

· Kertas Lukisan
· Pensil
· Pembaris
· Pemadam
· Pensil warna
· Kertas surat khabar
· Gunting
· Pisau
· Papan potong
· Warna poste
. Berus

1. Pelajar memilih huruf muka taip daripada surat khabar,majalah atau sumber yang berkaitan dan potong huruf menggunakan pisau di atas papan pemotong. Gunting juga boleh digunakan mengikut kesesuaian.

2. Bentuk muka taip boleh di persembahkan mengikut kreativiti masing-masing. Pelajar boleh melakar huruf poster dan membentuk muka taip dengan menggunakan media pensil. Contohnya :


                  S E N I
                  S E N I
                  S E N I
                                                      
3. Penggunaan alat media di atas adalah penting untuk membina huruf dengan mudah dan cepat. Seterusnya berus dan warna pensil juga di gunakan untuk mewarna huruf muka taip supaya poster yang dihasilkan lebih menarik.

4. Sapuan warna mestilah mengikut kesesuaian, dan huruf perlu diwarnakan dengan kemas dan teliti. Pengetahuan warna asas adalah penting dalam mewarna.

5. Gaya muka taip yang dipelbagaikan boleh memberikan kualiti kepada hasil karya lukisan poster.

contohnya :

               HIDUP SEJAHTERA 
 TANPA DADAH

Sumber link

Guru PSV 2014

No comments:

Post a Comment