Pages

26 May 2014

Jalinan


Selepas kita memahami apa itu garisan, kita kena tahu pula jalinan yang membawa maksud sifat permukaan sesuatu objek atau karya seni yang boleh dilaksanakan melalui penglihatan ilusi atau melalui deria sentuh.

Jalinan boleh didapati melalui objek alam atau objek buatan manusia.

Untuk memahami lebih lanjut perkara ini saya salin satu nota daripada guru pendidikan seni visual berkalibar untuk tatapan pelajar saya.




Apa Itu Jalinan

1. Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda, seperti kesan pada permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu kucing, belang pada harimau dan lain-lain.

2. Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan tampak yang berbeza.

3. Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri.

jalinan pada keratan rentas batang pokok

jalinan pada kulit harimau belang

jalinan pada kulit siput

Contoh Jalinan Pada Alam Semulajadi

rekahan pada tanah

jalinan kasar pada permukaan batu

jalinan berduri pada kulit durian

Contoh Jalinan Pada Benda Buatan Manusia

jalinan pada langit-langit rumah

Jenis-jenis Jalinan

1. Jalinan Sentuh

a. Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti, permukaan batu, kulit kayu, kulit kerang

b. Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa teknik seperti capan, cetakan, gosokan dan sebagainya

Jalinan Sentuh - kulit kerang

Jalinan Sentuh - tayar motorsikal

2. Jalinan Tampak

merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan seperti, sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak tekstil dan sebagainya.

Jalinan Tampak - kertas dinding

Jalinan Tampak - kulit tembikai

Fungsi Jalinan

1. Sebagai Penyamaran - seperti sesumpah, serangga, harimau dan kuda belang

jalinan pada kuda belang

jalinan pada sesumpah

2. Menahan Geseran - tayar kereta, tapak kasut


tapak kasut

3. Sebagai hiasan - corak pakaian, corak kertas dinding


corak

4. Pengaliran air dan udara

jala ikan

Contoh Penghasilan Karya BerjalinanTampak
gosokan

teknik gosokan menggunakan bahan berjalinan sentuh sebagai subjek, di mana permukaan kertas hendaklah diletakkan di atas benda berjalinan seperti duit syiling, batu-batu jalan, kulit kayu. Seterusnya hendaklah menggunakan pensel atau pensel warna untuk digosokkan atas permukaan kertas tersebut bagi mendapat kesan jalinan.

capan

kaedah ini banyak digunakan sebagai aktiviti di sekolah rendah, menggunakan bahan-bahan berjalinan sentuh seperti daun, sayur-sayuran, ubi kentang, kacang bendi, lalu di sapu warna dan dicap pada permukaan kertas.


ikat dan celup 

menggunakan kaedah pengasingan warna dengan menggunakan cara mengikat bahagian-bahagian kain yang tidak ingin diwarnakan. Selesai mengikat dengan getah atau tali rafia, kain hendaklah dicelup ke dalam pewarna atau dye mengikut warna yang dikehendaki


pualaman

menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan ke dalam tray lalu di titiskan dengan cat minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan air yang mengandungi cat tersebut.


batik

Kaedah batik termasuklah batik blok, batik canting dan sebagainya


lukisan dan catan

menggunakan pen, pensel warna, pensel atau cat dapat menghasilkan kesan ilusi jalinan


Kaedah Penghasilan Karya  Berjalinan Sentuh

anyaman

penghasilan anyaman rotan, anyaman buluh, anyaman tikar dan sebagainya


tenunan

jalinan menggunakan benang atau tali dapat mewujudkan kesan jalinan sentuh


 
sulaman 

semua jenis sulaman temasuk sulaman silang pangkah, tekat, quilting dan sebagainya mencipta kesan jalinan sentuh


kolaj

merupakan kaedah potong dan tampal, selain dari potong, kolaj juga boleh dibuat daripada bahan-bahan seperti daun, kacang, pasir, kulit siput dan lain-lain




Untuk Paparan Video untuk penerangan mengenai jalinan


 Pualaman



Ikat dan Celup (tie & dye)

Sumber Link

No comments:

Post a Comment