Aktiviti yang menarik boleh dilakukan dalam kelas Pendidikan Seni Visual tingkatan 1 ialah menggunakan kesan Pualaman. Pualaman ialah menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan ke dalam tray lalu di titiskan dengan cat minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan air yang mengandungi cat tersebut.
CIRI-CIRI PUALAMAN
• Cat minyak menghasilkan kesan berkilat pada kertas.
• Cat yang dikacau di dalam air menghasilkan jalinan yang menarik.
• Setelah kering kertas boleh dipotong untuk membuat rekaan seperti beg kertas, penanda buku, kad ucapan dan sebagainya.
ALAT DAN BAHAN MEMBUAT PUALAMAN
• Cat minyak
• Air
• Kertas
• Tray atau bekas
Alatan seperti cat minyak, air, kertas. tray atau bekas serta lidi untuk buat corak . (Kalau tak ada buat aje dengan ballpen yang habis dawat...)
Masukkan air kemudian masukkan minyak.
Titiskan cat minyak.
Gunakan lidi untuk serakkan cat minyak di atas permukaan air untuk menghasilkan corak jalinan tampak
Hasilkan serakkan.
Lekapkan kertas lukisan di atas permukaan cat minyak (Org Terengganu kata telekup!!)
Angkat kertas lukisan dan keringkan.
Hasil corak kesan pualaman.
Ini contoh..
Lagi..
Kalau takada bekas guna besen aje..
UNTUK BUAT PEMBUNGKUS HADIAH ATAU PENANDA BUKU
Kertas tadi boleh dibuat pembungkus hadiah
Gunting mana yang lebih..
Ini rupa pembungkus hadiah yang tak berapa kemas dibuat oleh pelajar yang malas!!
cat minyak ni jenis apa ya?
ReplyDeletecat minyak ni nak cari kat mana?kedai cat ada kan
ReplyDelete