Hari ini semasa subjek PSV, aku cari idea untuk bagi pelajar seronok belajar disamping dia orang boleh ikuti subjek ini dengan kehidupan semasa. Jadi aku pun suruhlah mereka gunakan konsep "GARISAN", "RUPA" dan "BENTUK" untuk buat satu poster "PRAY FOR MH370".
Budak lelaki memang rosak sikit, pasal tak ada 'felling' dalam hal ini. Tak macam pelajar perempuan dia sifat prihatin, ambil peduli dan dan cakna. Bila aku tanya kenapa tak ada gambar kapal terbang, hanya ada perkataan sahaja... dia orang jawab "kapal terbang masih hilang cikgu". Celaka punya budak.. aku 'cabik' (bahasa standard) telinga mereka!!
No comments:
Post a Comment