Secara ringkas Seni Lukis adalah terdiri dari dua perkataan 'Seni' dan 'Lukis'.
Seni bermaksud 'sesuatu keadaan/bentuk yang menarik/unik yang dapat memberi
hiburan' (Ntk mendapatkan jawapan yg lebih tepat sila baca 'Kamus Dewan').
Manakala 'Lukisan' pula bermaksud dari segi istilah ialah 'Lakaran & Catan'
dan dari segi bahasa ialah 'Garisan2 atau lakaran2 yang mengasilkan bentuk/rupa
& warna'.
26 August 2018
Contoh Kertas Soalan Untuk Peperiksaan Akhir Tahun (Sukatan Lama) PSV Tingkatan 1
Lama saya tak update blog ini. Antara sebab saya dah tak mengajar subjek PSV lagi mulai tahun 2017. Sempat mengajar 3 tahun subjek ini bermula 2014 dan berakhir 2016. Jadi kesempatan ini saya perturunkan apa yang saya buat sepanjang 3 tahun menjadi guru "tendang teranjang' oleh pihak pengurusan sekolah.
25 August 2016
Aktiviti Dalam Kelas PSV
Aktiviti melukis memerlukan bilik khas. Memang menyusahkan jika bilik seni tidak dapat digunakan disebabkan pengurusan bilik yang cerewek dan tidak cekap. Peruntukkan seni juga tidak dapat dimanafaatkan sepenuhnya kepada pelajar sedangkan kerajaan telah memberikan peruntukkan mengikut 'kepala'.
Bab 14: Lukisan
Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit. Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan.
14 August 2016
Latihan Bab 14 Lukisan Tingkatan 1
Bab 14 adalah berkait dengan lukisan. Bersama ini diberikan contoh soalan objektif untuk bab ini bagi pelajar membuat ulangkaji.
11 August 2016
PSV Tingkatan 1 - Isi Kandungan (Bab)
Isu kandungan PSV bagi tingkatan 1 ialah 26 bab. 13 bab pertama berkaiatan dengan Asas Seni Reka seharusnya diberikan tumpuan yang lebih.
Oleh kerana PSV tidak mempunyai buku teks, sangat sukar guru hendak mengajar kerana guru memerlukan projektor bagi menunjukkan bahan berwarna.
09 April 2016
Lukisan alam semulajadi yang realisitk
Semenjak abad ke-10 di Asia Timur, gambaran alam semula jadi biasanya merupakan tema ulangan yang disukai oleh kebanyakan artis.
Di sebalik seni sejarah ala-Barat, karya seni bertemakan landskap diketepikan awal-awal lagi demi mengutamakan karya seni bertemakan agama dan sejarah.
31 December 2015
Perspektif Warna

Bagi menghidupkan lagi sesebuah karya, pengetahuan dalam gubahan perspektif warna amatlah penting kerana dengan penggunaan campuran warna yang betul dapat menampakkan kadar kedalaman sesebuah ruang samada ruang cetek atau dalam. Selain daripada saiz objek yang dilukis semakin kecil ke belakang.
24 February 2015
25 June 2014
Aktiviti Jalinan Sentuh dan Jalinan Tampak
Oleh kerana tidak ada seorang pun menjawab soalan no.3 berkenaan jalinan sentuh dan jalinan tampak dalam pertaksiran pertengahan tahun baru-baru ini saya telah membuat aktiviti berkenaan perkara ini.
Harapan dengan adanya aktiviti ini pelajar memahami dengan lebih mendalami pasal jalinan.
08 June 2014
25 Lukisan pensil yang nampak realistik dan maveless.
Lukisan Ilusi terbaik
Ilusi juga dikaitan ilusi optik menunjukkan bagaimana otak kita berfikir untuk mengambarkan sesuatu. Bagaimana otak berfikir untuk mengambarkan realiti ini telah menjadi kajian bertahun-tahun oleh saintis.
Lukisan Ilusi adalah satu daya kreativiti untuk membuat kita berfikir secara mendalam untuk mengambarkan sesuatu objek yang dipaparkan.
27 May 2014
Seni Menurut Islam...
Saya terfikir.. dah tua baru terfikir. Seni Visual menurut Islam dan pandangan Islam terhadap seni visual secara ilmiah. Memang kita tahu Islam for Alls...
Rasanya tak ramai yang menulis. Kalau ada tulisan mesti pendekatan macam kertas kerja orang pun lihat tak ada selera nak baca. (itu sebab saya letak gambar animasi) untuk tambah selera..
10 Lukisan 3D Terbaik Dunia
Lukisan memang objek 2D, hanya dipanggil lukisan 3D kerana ilusi kita terhadap apa yang di'seni'kan oleh pelukis. Saya cuba membawa lukisan 3D yang terbaik di dunia untuk tatapan pembaca.
Lukisan 3D Street Art bukan sekadar lukisan biasa, kerana ia memerlukan ketelitian yang sangat tinggi dalam mengukur objek yang dilukiskan agar 3 dimensi tetap hidup. Di bawah ini adalah 10 lukisan paling "best" dari senarai Listverse.
Kertas 2: Pentaksiran Pertengahan Tahun 2014 Tingkatan 1
Kertas Soalan Pendidikan Seni Visual Pentaksiran Pertengahan Tahun 2014 Tingkatan 1 bagi kertas 2 adalah seperti di atas. Saya tak pasti soalan ini daripada mana. Mungkin soalan untuk sekolah sahaja bukan Daerah atau Negeri.
Subscribe to:
Posts (Atom)













