Pages

26 August 2018

Lakaran untuk memulakan satu lukisan yang lebih jitu


Secara ringkas Seni Lukis adalah terdiri dari dua perkataan 'Seni' dan 'Lukis'. Seni bermaksud 'sesuatu keadaan/bentuk yang menarik/unik yang dapat memberi hiburan' (Ntk mendapatkan jawapan yg lebih tepat sila baca 'Kamus Dewan'). Manakala 'Lukisan' pula bermaksud  dari segi istilah ialah 'Lakaran & Catan' dan dari segi bahasa ialah 'Garisan2 atau lakaran2 yang mengasilkan bentuk/rupa & warna'.

Contoh Kertas Soalan Untuk Peperiksaan Akhir Tahun (Sukatan Lama) PSV Tingkatan 1



Lama saya tak update blog ini. Antara sebab saya dah tak mengajar subjek PSV lagi mulai tahun 2017. Sempat mengajar 3 tahun subjek ini bermula 2014 dan berakhir 2016. Jadi kesempatan ini saya perturunkan apa yang saya buat sepanjang 3 tahun menjadi guru "tendang teranjang' oleh pihak pengurusan sekolah.

25 August 2016

Aktiviti Dalam Kelas PSV


Aktiviti melukis memerlukan bilik khas. Memang menyusahkan jika bilik seni tidak dapat digunakan disebabkan pengurusan bilik yang cerewek dan tidak cekap. Peruntukkan seni juga tidak dapat dimanafaatkan sepenuhnya kepada pelajar sedangkan kerajaan telah memberikan peruntukkan mengikut 'kepala'.

Bab 14: Lukisan


Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit. Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan.

11 August 2016

PSV Tingkatan 1 - Isi Kandungan (Bab)


Isu kandungan PSV bagi tingkatan 1 ialah 26 bab. 13 bab pertama berkaiatan dengan Asas Seni Reka seharusnya diberikan tumpuan yang lebih.

Oleh kerana PSV tidak mempunyai buku teks, sangat sukar guru hendak mengajar kerana guru memerlukan projektor bagi menunjukkan bahan berwarna.

09 April 2016

Lukisan alam semulajadi yang realisitk


Semenjak abad ke-10 di Asia Timur, gambaran alam semula jadi biasanya merupakan tema ulangan yang disukai oleh kebanyakan artis.

Di sebalik seni sejarah ala-Barat, karya seni bertemakan landskap diketepikan awal-awal lagi demi mengutamakan karya seni bertemakan agama dan sejarah.


31 December 2015

Perspektif Warna



Bagi menghidupkan lagi sesebuah karya, pengetahuan dalam gubahan perspektif warna amatlah penting kerana dengan penggunaan campuran warna yang betul dapat menampakkan kadar kedalaman sesebuah ruang samada ruang cetek atau dalam. Selain daripada saiz objek yang dilukis semakin kecil ke belakang.