Pages

21 January 2014

Hadiah Hari Jadi: Jadi Guru Pendidikan Seni Visual

Bab 1 berkenaan dengan garisan

Hari ini 21 Januari 2014 adalah ulang tahun saya yang ke-?? (rahsia... nanti nampak sangat tua). Pagi tadi isteri dan anak-anak memberi hadiah. Sekarang sekolah pula bagi 'hadiah' istimewa "JADI GURU SENI" naib baik tak bagi guru subjek "Bible Knowledge" kalau tak susah pula aku nak sebut perkataan ALLAH dalam bahasa Melayu!

Beri kita mengajar bukan mata pelajaran kita suatu 'penyiksaan secara psikologi' bayangkan kalau anda tak reti apa-apa nak bercakap tentang seni... lukis orang setakat boleh guna DOJOB U aje itu pun boleh lukis orang India. Kita nak bercakap apa, kalau kita buat garis pun tak boleh lurus (freehand).


Dulu saya pernah menulis, jika kita tidak mengajar opsyen itu bermakna kita sudah berada dipinggiran... Saya ada menulis pasal mengajar subjek Pendidikan Sivik & Kemasyarakatan (PSK), boleh baca di sini (sila klik). Saya juga sebut pasal tugas kunseling (sila klik).

Banyak tahun aku saya aku macam 'rileks' aje di sekolah ini... jadi rasanya PSV ini adalah cabaran baru untuk aku mungkin ada sesuatu yang aku boleh buat.

Aku teringat cg. Asmadi yang kini menjadi orang kuat di PPD Baling, Kedah, dulu sama-sama di Kapit, Sarawak. Aku selalu kacau dia pasal subjek pendidikan seni. Orangnya sensitif (jiwa seni)... dia jadi sumber inspirasi aku.... tergelak Madi bila baca tulisan ini... aku boleh bayang macam mana dia tergelak dan memang dia suka sebut perkataan "TERGELAK".

Asmadi.. dulu lutut calak (suka pakai seluar pendek)..
sekarang warak.. kupiah tak tinggal..
Langkah pertama aku bina blog ini sebagai blog 'medium pnp aku dengan pelajar'. Tadi masuk kelas 'sesak nafas' nak habiskan masa 80 minit. Nasib baik boleh buat loyar buruk...


Hari pertama pelajar 1 IBS 2 kena buat 2 tugasan bagaimana
garisan menunjukkan ruang dan ton warna.
Ok.. nanti aku merapu lagi!

2 comments:

  1. Cikgu asmadi antara ckgu feveret sy msa form 5 thn 96..dia ngajar sbjek sni n bm..di sek men sik ..dua2 sbjek tu la sy pling suka smpai skrg..sbb dia slalu jdkn lukisan n krgn sy sbgai cth...

    ReplyDelete