Pages

29 January 2014

Garisan

Garisan adalah cantuman siri titik yang bersambung atau yang mempunyai jarak tertentu.


Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari satu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga menghasilkan satu objek.Titik yang dihasilkan disambung dan membentuk garisan. Garisan yang di sambung pula akan membentuk rupa. Lihat contoh di bawah.







Akhir sekali garisan sempurna membentuk jalinan bagi menghasilkan rupa bunga yang sempurna.

Terdapat 2 jenis garisan iaitu:-

1. Garisan pada sumber alam.


2. Garisan pada objek buatan manusia.


Pelbagai bahan media dan teknik boleh menghasilkan kesa garisan yang berlainan seperti :-

1. Pensil/Pen - Lukisan


Garisan berlingkar, lengkok, bergerigi, berpancaran dll membentuk satu lukisan.

2. Rotan/mengkuang - Anyaman


Tikar adalah daripada garisan berkisi-kisi.

3. Cat Air - Renjisan


Garisan berpancaran, melengkung dan beralun secara spontan.

4. Straw - Tiupan


Garisan tebal dan nipis beralun secara spontan.

Jenis-Jenis Garisan

1. Garisan halus
2. Garisan tebal
3. Garisan beralun
4. Garisan berpancar
5. Garisan berlingkar
6. Garisan berserabut
7. Garisan bersudut
8. Garisan bergerigi
9. Garisan berbulu
10. Garisan putus-putus
11. Garisan berduri


Fungsi Garisan


1. Garisan kontur dan 'Gesture'

Melalui pemilihan media, garisan dapat membentuk sesuatu karakter. Dua perkara utama dapat dibentuk melalui garisan dalam sesebuah karya lukisan iaitu garisan kontur dan garisan 'Gesture'. Garisan Gesture adalah lukisan yang dilukis secara cepat dan bersahaja. Pelukis juga dapat menggunakan kedua-dua garisan ini sebagai membentuk objek.


Garisan Gesture karya Rambrandt
2. Garisan menghasilkan mood dan pergerakan

Ramai pelukis-pelukis agung menggunakan garisan bagi menggambarkan mood dan pergerakan dalam karya-karya yang dihasilkan. Contohnya lukisan Horore Daummier bertajuk 'Frightened Women' (1828-1979). Gaya pelukisnya jelas menunjukkan garisan yang menimbulkan mood dan pergerakan.


Frightened Women
3. Garisan menimbulkan kesan penegasan

Kualiti garisan dapat menimbulkan kesan penegasan yang baik dalam karya yang dihasilkan. Garisan yang digunakan mampu menimbulkan kesan yang pelbagai. Kepelbagaian garisan memberi kualiti yang berbeza untuk menghasilkan kesan penegasan dalam sesuatu karya.


karya Judy Pfaff bertajuk Che Cosa a Acqua (1992)
4. Garisan menentukan nilai cerah dan gelap

Kesan garisan yang menggunakan teknik silang pangkah (Cross-Hatching) dapat menimbulkan kesan nilai cerah dan gelap dalam sesebuah karya. Kualiti garisan halus dan tebal juga dapat menimbulkan kesan nilai cerah dalam karya.


The Old Home
5. Garisan membentuk objek

Seorang pelukis dapat membentuk objek yang dilukis menggunakan garisan. Contohnya lukisan kartun dan komik. Pelukis berjaya membentuk karakter dengan hanya menggunakan garisan. Garisan mempunyai banyak fungsi dalam penghasilan sesuatu karya.


Kartun LAT
6. Garisan menimbulkan rupa.

Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya. Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.

pertemuan antara permulaan dan penghujung sesuatu garisan menghasilkan rupa

Jenis-jenis Rupa
Rupa terdiri daripada 2 jenis iaitu:

1. Rupa Geometri

Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan lain-lain rupa yang bersudut. Dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu



2. Rupa Organik

Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya. Dihasilkan secara sepontan




Rupa Positif dan Rupa Negatif

Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu. Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.


rupa positif



rupa negatif


7. Garisan menimbulkan bentuk

Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan

Terdapat 2 jenis bentuk iaitu:
a- Bentuk konkrit
 – bentuk objek sebenar yang bersifat 3 dimensi iaitu boleh disentuh, dilihat, dan dirasai. (bukan berbentuk gambar)
b- Bentuk ilusi 

– bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang digambarkan melalui lukisan atau catan.

Contoh-contoh Bentuk

penghasilan bentuk melalui teknik lukisan


bentuk tangan dihasilkan melalui teknik lukisan

1. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D)

2. Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat realistik.

3. Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna.

4. Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata.

Ciri-ciri bentuk

1. Bersifat tiga dimensi (3D) – mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman

2. Berstruktur - mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan tepat dan sempurna

3. Boleh dilihat dari semua arah – mempunyai lebih dari satu permukaan

4. Terdapat bayangan – mempunyai kesan cahaya dan bayang




Jenis-jenis Bentuk

A. Bentuk Konkrit

1. Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut.
2. mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan mata)
3. Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya.



bentuk konkrit - meja

bentuk konkrit - bola
B. Bentuk Ilusi

1. bentuk ilusi ialah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, garisan dan lain-lain

2. Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau pada permukaan rata (bersifat dua dimensi)

3. Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan.

4. Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan bayang merupakan faktor terpenting.


bentuk ilusi teknik komputer grafik


bentuk ilusi teknik catan


Vincent Van Gogh 'Still Life"
Membina Bentuk Konkrit

Bentuk boleh dihasilkan melalui :-

1. Garisan – anyaman (rotan, lidi, buluh) , tenunan (benang, tali), lingkaran (dawai)
2. Rupa – potongan kadbod (polihidera), teknik lipatan kertas (seni origami), teknik lipatan kain (topologi)
3. Bentuk juga boleh dibina dengan menggunakan tanah liat, plaster of paris, kayu, lilin, sabun, batu, kaca dan sebagainya.



penggunaan unsur garisan iaitu daripada teknik anyaman dapat menghasilkan bentuk konkrit


potongan dan lipatan kadbod mecipta bentuk kotak


penggunaak kertas yang disulam dan dilipat menghasilkan bentuk


lipatan-lipatan kertas mencipta bentuk konkrit


seni origami


bentuk yang dihasilkan daripada bahan tanah liat


bentuk dicipta daripada plaster of paris


penggunaan kaca juga dapat menghasilkan bentuk


penggunaan bahan lilin


ukiran bentuk arca menggunakan sabun

 
8. Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.



Untuk menggambarkan struktur objek melalui ilusi cahaya dan pembayangan. Garisan yang tebal menghasilkan ton gelap manakala garisan yang nipis menimbulkan ton cerah.
 
9. Garisan mewujudkan ruang.



 
10. Garisan menghasilkan motif pada reka corak.

11. Garisan mewujudkan ton.

Garisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang tebal akan menimbulkan ton yang gelap. Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang rapat-rapat menimbulkan ton yang gelap. Garisan yang halus akan menimbulkan ilusi ruang yang jauh manakala garisan yang tebal akan menampakkan ruang yang hadapan.



penggunaan perbezaan saiz garisan boleh membezakan ruang yang jauh/belakang dan dekat.hadapan

perbezaan jarak garisan juga boleh membezakan ton yang cerah dan ton gelap


Semasa menghasilkan lukisan, objek yang lebih hadapan hendaklah menggunakan garisan yang lebih tebal atau saiz pensel yang tebal atau kualiti yang gelap manakala kawasan belakang hendaklah menggunakan pensel yang lebih cerah / kecil dengan tekanan yang lebih perlahan

12. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.

 
13. Garisan menghasilkan mood dan pergerakan.











garisan menghasilkan rupa




garisan menghasilkan bentuk




garisan menimbulkan ilusi ruang, cahaya dan bayang



garisan menghasilkan jalinan



garisan yang mencipta corak




garisan yang mencipta corak















7 comments: