Pages

25 August 2016

Bab 14: Lukisan


Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit. Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan.

Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Lukisan mengaplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan.

Alat, Media dan Bahan
  1. Pensil H- Adalah sejenis pensel jenis keras
  2. Pensil B (2B - 8B) - Adalah sejenis pensel lembut
  3. Pensil warna- Terdiri daripada berbagai jenis warna
  4. Arang- Dapat memberi kesan legap dan mudah mendapat kesan
  5. Pen dan dakwat- Mempunyai kesan garisan yang lebih halus
  6. Soft Pastel- Didapati dlm pelbagai warna,mempunyai kesan lembut
  7. Krayon- Juga lembut dan mempunyai kesan lilin
  8. Pen marker- Menghasilkan kesan garisan tebal
  9. Marker pelukisan (rendering marker)
  10. Kapur -Kesan garisan yang tebal dan mudah tanggal
Jenis-jenis Kertas Lukisan
  • Kertas lukisan biasa sesuai untuk pensel, pen, arang dan krayon lembut.
  • Kertas cat air - tebal dan bermutu tinggi, mahal tetapi baik untuk digunakan.
  • Bod bristol - merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen.
  • Kertas Ingres - kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu. Ia terdapat dalam pelbagai warna yang cerah. Biasanya digunakan untuk lukisan pastel
  • Lain-lain kertas seperti ‘brown paper’, kertas komputer, kertas arkitek, kertas taip, kertas fotokopi, kertas suratkhabar.
Teknik
  1. Coreng / conteng
  2. Garisan kontur
  3. Titik
  4. Pangkah silang
  5. Garisan selari.
Menentukan Tema atau Subjek
  1. Lukisan figura -imej yang berkaitan dengan manusia atau haiwan
  2. Lukisan alam benda - objek kaku atau tidak bernyawa
  3. Lukisan lanskap - pemandangan di luar studio atau di dalam studio
Dalam menghasilkan lukisan yang bermutu, kita perlu mengambil kira beberapa aspek seperti berikut:
  1. Asas senireka (unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan)
  2. Perspektif (1, 2, 3 titik lenyap)
  3. Tetingkap fokus iaitu kaedah memilih sudut pandangan
  4. Kesan cahaya pada imej
  5. Pembentukan bayang-bayang
  6. Teknik (garisan selari, conteng, titik, teknik campuran dll)
  7. Jenis alat, media dan bahan yang hendak digunakan
  8. Teknik mengukur objek mengikut kadar banding


No comments:

Post a Comment