Aktiviti yang menarik boleh dilakukan dalam kelas Pendidikan Seni Visual tingkatan 1 ialah menggunakan kesan Pualaman. Pualaman ialah menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan ke dalam tray lalu di titiskan dengan cat minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan air yang mengandungi cat tersebut.
CIRI-CIRI PUALAMAN
• Cat minyak menghasilkan kesan berkilat pada kertas.
• Cat yang dikacau di dalam air menghasilkan jalinan yang menarik.
• Setelah kering kertas boleh dipotong untuk membuat rekaan seperti beg kertas, penanda buku, kad ucapan dan sebagainya.